Jarkasi menarik nafas kelegaan.
Hajatnya untuk membuang toksin yang tersimpan sekian lama di dalam perutnya
berjaya. Rintik-rintik peluh akibat meneran kelihatan jelas di dahinya. Jarkasi
tersengih kepuasan. Nikmat membuang air besar adalah nikmat yang selalu
dilupakan oleh setiap manusia. Jarkasi bermonolog sendiri di dalam hati.
Hari itu, Jarkasi ditugaskan
untuk menggali kubur salah seorang orang kampungnya yang meninggal dunia akibat
serangan jantung. Ismail Ayub, ya itulah nama yang diberikan oleh isteri arwah.
Jarkasi kurang mengenali orang tua tersebut kerana jarang melepak di warung.
Kerjayanya sebagai penggali kubur membataskan pergaulannya dengan masyarakat
setempat. Kebiasaannya dia akan mengambil upah membersihkan kebun orang atau
menyawit. Umurnya yang baru berusia 38 tahun masih lagi kuat untuk melakukan
kerja-kerja kampung.
Pintu tandas dibuka dengan kuat
sehingga terkena dinding. ‘Bam!’. Bunyinya memecah keheningan tandas yang terletak di Stesen Minyak Caltex, tempat
dia singgah untuk melepaskan hajatnya tadi.
‘Dey tambi! Nanti rosakla yini
pintu!. Deepak melihat Jarkasi sambil terus mengemop lantai. Deepak merupakan warga Nepal yang bekerja di Stesen minyak itu.
‘Sori macha, aku dah lambat ni
ade kerje sikit, sori-sori’, Jarkasi terus berlalu sambil menepuk-nepuk bahu Deepak.
Pekerja itu hanya menggelengkan kepalanya sambil terus mengemop lantai.
Jarkasi harus sampai dengan
pantas di tanah perkuburan tersebut. Dengan lantas dia menyeluk poketnya untuk
mengambil rokok. Kebiasaannya sebelum ‘start’ motor, dia akan menyalakan rokok untuk dihisap. Belum sempat dia memetik api, Deepak telah pun
menjerit lerlebih dahulu. Tapi kali ini jeritannya agak keras sehingga rokok
yang berada di jari Jarkasi terjatuh kelantai. Jarkasi sendiri terkejut dengan
jeritan itu.
‘Dey tambi!! Sini ta bley yisap
rokok!’ , Deepak menjerit sambil bercekak pinggang. Beberapa pelanggan yang
sedang mengisi minyak di kenderaan masing-masing semua melihat ke arah Jarkasi.
Jarkasi berasa amat malu sekali
dengan keadaan tersebut. Lantas dia cuba menghidupkan motorsikal kapcainya dengan
pantas. Beberapa kali dia cuba menghidupkan tapi tidak berjaya.
Deepak yang
melihat Jarkasi datang kearahnya. Dahi Jarkasi mula berpeluh kembali.
Kalau tadi peluhnya kerana nikmat melepaskan hajat di perutnya, tapi kali ini
peluh dingin mula terbit kerana bimbang pekerja Nepal tersebut menghampirinya.
‘Dey tambi, kunci tada apa macam
mau start motor?’ Deepak menepuk-nepuk bahu Jarkasi sambil berlalu pergi. Sejak
dari tadi Deepak memang memerhatikan gelagat Jarkasi yang tergopoh gapah.
Jarkasi pantas melihat di tempat kunci. Ya memang sejak dari tadi dia masih
belum memasukkan kuncinya untuk menghidupkan motor tersebut. Diraba koceknya,
yang dirasanya hanya kotak rokok dan pemetik api. Ah sudah, mana pulak kunci
motor aku ni, getus Jarkasi di dalam hati. Seingatnya, semasa mahu ke tandas
tadi, dia mencabut kuncinya untuk meletakkan dompetnya di dalam tempat duduk
motor. Jarkasi menoleh ke arah kunci tempat duduk motor. Kuncinya kelihatan
disitu. Jarkasi menarik nafas lega.
