Subscribe to RSS feeds

15 May 2018

Nenek Merbuk Part 6 - Jarkasi Dan Deepak


Jarkasi menarik nafas kelegaan. Hajatnya untuk membuang toksin yang tersimpan sekian lama di dalam perutnya berjaya. Rintik-rintik peluh akibat meneran kelihatan jelas di dahinya. Jarkasi tersengih kepuasan. Nikmat membuang air besar adalah nikmat yang selalu dilupakan oleh setiap manusia. Jarkasi bermonolog sendiri di dalam hati.

Hari itu, Jarkasi ditugaskan untuk menggali kubur salah seorang orang kampungnya yang meninggal dunia akibat serangan jantung. Ismail Ayub, ya itulah nama yang diberikan oleh isteri arwah. Jarkasi kurang mengenali orang tua tersebut kerana jarang melepak di warung. Kerjayanya sebagai penggali kubur membataskan pergaulannya dengan masyarakat setempat. Kebiasaannya dia akan mengambil upah membersihkan kebun orang atau menyawit. Umurnya yang baru berusia 38 tahun masih lagi kuat untuk melakukan kerja-kerja kampung.

Pintu tandas dibuka dengan kuat sehingga terkena dinding. ‘Bam!’. Bunyinya memecah keheningan tandas yang terletak di Stesen Minyak Caltex, tempat dia singgah untuk melepaskan hajatnya tadi.
‘Dey tambi! Nanti rosakla yini pintu!. Deepak melihat Jarkasi sambil terus mengemop lantai. Deepak merupakan warga Nepal yang bekerja di Stesen minyak itu. 

‘Sori macha, aku dah lambat ni ade kerje sikit, sori-sori’, Jarkasi terus berlalu sambil menepuk-nepuk bahu Deepak. Pekerja itu hanya menggelengkan kepalanya sambil terus mengemop lantai.

Jarkasi harus sampai dengan pantas di tanah perkuburan tersebut. Dengan lantas dia menyeluk poketnya untuk mengambil rokok. Kebiasaannya sebelum ‘start’ motor, dia akan menyalakan rokok untuk dihisap. Belum sempat dia memetik api, Deepak telah pun menjerit lerlebih dahulu. Tapi kali ini jeritannya agak keras sehingga rokok yang berada di jari Jarkasi terjatuh kelantai. Jarkasi sendiri terkejut dengan jeritan itu.

‘Dey tambi!! Sini ta bley yisap rokok!’ , Deepak menjerit sambil bercekak pinggang. Beberapa pelanggan yang sedang mengisi minyak di kenderaan masing-masing semua melihat ke arah Jarkasi.
Jarkasi berasa amat malu sekali dengan keadaan tersebut. Lantas dia cuba menghidupkan motorsikal kapcainya dengan pantas. Beberapa kali dia cuba menghidupkan tapi tidak berjaya.

Deepak yang melihat Jarkasi datang kearahnya. Dahi Jarkasi mula berpeluh kembali. Kalau tadi peluhnya kerana nikmat melepaskan hajat di perutnya, tapi kali ini peluh dingin mula terbit kerana bimbang pekerja Nepal tersebut menghampirinya.

‘Dey tambi, kunci tada apa macam mau start motor?’ Deepak menepuk-nepuk bahu Jarkasi sambil berlalu pergi. Sejak dari tadi Deepak memang memerhatikan gelagat Jarkasi yang tergopoh gapah. Jarkasi pantas melihat di tempat kunci. Ya memang sejak dari tadi dia masih belum memasukkan kuncinya untuk menghidupkan motor tersebut. Diraba koceknya, yang dirasanya hanya kotak rokok dan pemetik api. Ah sudah, mana pulak kunci motor aku ni, getus Jarkasi di dalam hati. Seingatnya, semasa mahu ke tandas tadi, dia mencabut kuncinya untuk meletakkan dompetnya di dalam tempat duduk motor. Jarkasi menoleh ke arah kunci tempat duduk motor. Kuncinya kelihatan disitu. Jarkasi menarik nafas lega.

20 April 2011

Nenek Merbuk Part 5

King Boon Jin baru sahaja selesai menabur dedak di reban ayamnya.  Begitulah rutin harian dirinya setiap petang.  Jalak, Jali, dan Jimbrit mematuk-matuk dengan laju sekali, begitu gembira dengan dedak yang bertaburan di reban mereka.  Tiga ekor ayam katik itu amat disayangi King Boon Jin. Dibelai bagai menatang minyak yang penuh.  Dilihatnya ayam-ayam itu, begitu kusyuk sehingga matahari semakin tenggelam ditelani malam.  King Boon Jin menyapu laman seketika kemudian masuk ke rumah.  Melihat jam di dinding, sudah jam 7.45 malam. Malam ini dia perlu ke pekan untuk membeli ubat nyamuk.  Sudah dua hari dia tidak dapat tidur lena akibat gigitan nyamuk albopictus yang berkeliaran di rumahnya.  Ikutkan hatinya mahu saja dibakar rumah itu kerana terlalu banyak nyamuk. Emosinya gundah gulana rentetan nyamuk yang menghantui hidupnya.  ''Ah, persetankan semua ini, malam ini juga aku beli Ridsect dan Fumakilla '', getus hati King Boon Jin menyentap-nyentap.

Di suatu tempat yang lain, pada zaman yang lain dan pada waktu yang lain.  Suasana pasar malam Taman Bahagia amat meriah sekali.  Ada yang menjual sate, makanan bergoreng, makanan bersalai mahupun makanan yang dikukus, semuanya ada.  Ada juga yang menjual belon berisi gas yang amat disukai kanak-kanak meningkat usia.  Hari semakin lewat, Sabudin berlari-lari anak ke pasar malam yang tidak jauh dari tempat tinggalnya.  Niatnya ingin membeli Mee Bandung Special di gerai Pak Latip.  Kuahnya dari udang galah yang diperam dan direbus dengan bahan-bahan rahsia turun temurun, begitulah yang didengarnya dari Karim Cendol, teman sekampungnya.  Ramai orang telah bercerita tentang kelazatan Mee Bandung Pak Latip yang membuatkan hatinya berkobar-kobar ingin merasainya.
Sampai jua akhirnya... ''Pak Latip, mee ade lagi tak?'' , Sabudin bertanya sambil menarik nafas panjang.  ''Ada ni, yang kamu tercungap-cungap macam kerang busuk ni kenapa?, Pak Latip melihat Sabudin.
''Apa pulak kaitan tercungap-cungap dengan kerang busuk ni, aku berlari ni tadi nak beli Mee Bandung Special yang Pak Latip jual, aku takut abis, kempunan pulak'' Jawab Sabudin.
''Ni ha Mee Bandung kau, semua sekali RM4.50'', Pak Latip menghulurkan bungkusan. Sabudin terdiam seketika, diraba poket belakang, kanan dan kiri, tiada bonjolan dompet mahupun rokok gudang garamnya. ''Ah sudah, aku tinggal atas meja tadi'', Sabudin bisik sendirian. ''Apa kau cakap?'' Pak Latip bertanyakan Sabudin yang kekalutan. ''Ala Pak Latip, aku tertinggal dompetla, hutang dulula nanti minggu depan aku bayar'' Sabudin berkata. ''Ok la kau punya pasal aku bagi free je malam ni, minggu depan kau datang pun aku bagi free lagi, minggu depannya lagi pun aku bagi free, bulan depan pun aku bagi free, tahun depan pun aku bagi free, dua tahun lagi pun aku bagi free, tiga tahun lagi pun aku bagi free..'' Pak Latip membebel pada Sabudin. Sabudin pula seperti hilang akal seketika apabila melihat Pak Latip membebel dihadapannya. Dilihatnya bungkusan di tangan Pak Latip dan memandang muka orang tua itu.  Ikutkan hatinya mahu saja dilempangnya orang tua itu, sudahlah perutnya lapar, dompet pun tak bawak, rokok apatah lagi.  Sabudin berlalu pergi dengan hati yang kecewa. 

06 March 2011

Nenek Merbuk Part 4

Matahari semakin tenggelam di balik awan. Burung-burung terbang berkicauan di langit, tanda mahu pulang ke tempat tinggalnya. King Boon Jin duduk di buaian anjung rumahnya sambil melihat langit. Berangankan dirinya menjadi burung-burung yang terbang bebas di langit.

Teringat kisahnya sewaktu kecil dahulu yang suka melastik burung di hutan sehingga terkena kepala arwah Pak Naip, jirannya,sudah arwah orang tua itu. Akibat peristiwa itu juga dia di lempang oleh bapanya kerana Pak Naip tidak sedarkan diri selama 3 hari di hospital. Peristiwa itu memang tidak dapat dilupakan oleh King Boon Jin kerana sejak dari itu dia diharamkan untuk memegang lastik. Sebagai gantian, bapanya telah membelikan senapang air untuknya kerana tidak membahayakan orang lain.

Pak Naip pula lain ceritanya kerana akibat peristiwa itu, dia amat trauma apabila melihat King Boon Jin, dia akan menjerit-jerit minta dijauhkan dirinya dari budak itu dan terus pengsan. King Boon Jin tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepalanya, 35 tahun telah berlalu. Kini Sabudin, anak Pak Naip menjadi tempat dia menebus kesalahannya, diambilnya budak itu menjadi pembekal lintah yang tetap. Sabudin tidak pernah berdendam dengan dirinya kerana sejak dari peristiwa kepala bapanya dilastik itu, bapanya tidak lagi ke hutan untuk memburu binatang.

Di suatu tempat yang lain, pada zaman yang lain dan pada waktu yang lain. Pak Kamsan menhidupkan enjin motor Yamaha RXZ miliknya. Suatu masa dahulu motor inilah yang menjadikan dirinya kegilaan anak dara kampungnya termasuk janda-janda kampung sebelah. Di lap cermin sisi kiri dan kanan. Walaupun sudah buruk, Pak Kamsan amat menyayangi motor itu. Setiap 2 bulan sekali Pak Kamsan akan menukar minyak hitam. Teringat kisah dia membawa anak dara Penghulu Talib, 1 kampung tahu ceritanya sehingga Penghulu Talib datang ke rumahnya memberikan ceramah-ceramah agama untuk menyedarkan dirinya. Walaupun begitu, kenakalannya tidak pernah berubah sehingga bapanya dalam diam meminang anak Penghulu Talib untuk dirinya. Akhirnya Halimatus Sakdiah pun sah menjadi isterinya sehingga sekarang. 

"Berangankan apa tu bang, dari tadi saya perhati tersenyum sorang-sorang" Mak Limah menyapanya dari anjung rumah. "Awak ni Limah, saya baru senyum, kalau saya ketawa karang awak kata tebiat pulak.." Pak Kamsan mengangkat keningnya. "Yela bang, bawak motor hati-hati, awak tu dah la kuat berangan, jangan pulak awak langgar lagi pasu-pasu tu, bulan lepas habis semua pasu saya awak langgar.." Kata Mak Limah sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ala pasu tu saya jugak yang belikan.." Pak Kamsan menjawab sambil tersenyum sendirian meninggalkan Mak Limah.



23 December 2010

Nenek Merbuk Part 3

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang, angin sepoi-sepoi bahasa amat menyamankan suasana. Kelihatan Pak Kamsan berjalan tertinjit-tinjit di anjung rumahnya. Langkahnya agak teratur, tidak mahu Mak Limah perasan kehadirannya. Dan dia semakin menghampiri Mak Limah yang sedang menyidai pakaian di anjung rumah. Dicucuknya pinggang Mak Limah. "Opocot setan!", Mak Limah melatah sambil menepuk-nepuk hanger di tangannya ke arah dawai penyidai baju. Pak Kamsan ketawa berdekah-dekah melihat telatah Mak Limah. "Apa dah tebiat awak ni?", Mak Limah membebelkan Pak Kamsan. "Ala Limah, aku gurau je, rindu dengan zaman kita dulu-dulu, cuit sana cuit sini" Mak Limah tersenyum. "Itu dulu bang, sekarang saya dah menopaus, getah pun dah haus", Mak Limah merendahkan diri untuk mengambil pakaian di bakul. Pak Kamsan tersenyum simpul. Dia merapatkan dirinya pada Mak Limah dan memeluknya dari belakang sambil berbisik. "Limah, malam ni malam jumaat..." Mak Limah menoleh ke arah Pak Kamsan, "Gatal, itu je yang awak tau." Mak Limah mencebik, tapi dihatinya dia senang diperlakukan begitu, ibarat malu tapi mahu.


Di suatu tempat yang lain, pada zaman yang lain dan pada waktu yang lain. Sabudin mengayuh basikalnya, sepanjang perjalanan ke rumahnya dia asyik mencarutkan tauke King Boon Jin kerana tidak membeli lintahnya. Tiba-tiba basikal yang dikayuhnya terasa berat. Hati Sabudin berdegup kencang. Ditolehnya kebelakang, takut ada monyet bertenggek di raganya tapi tiada, hanya bakul berisi lintah. Tiba-tiba Sabudin dapat merasakan langit seakan berputar dengan laju. Dan dengan lajunya Sabudin mendapati kepala lututnya menyentuhi jalan tar. Kesakitan dapat dirasakan disitu, dan kemudian merebak ke tempat lain. Dan apabila mencelikkan mata, Sabudin mendapati dirinya berada di posisi kuak lentang ibarat berenang di air terjun walhal Sabudin sedar yang dia hanya terlentang di atas jalanraya yang terbentang luas. Sabudin bingkas bangun. "Celaka punya tauke, kalau kau beli lintah aku mesti basikal aku tak pancit", Sabudin membebel sendirian.






* Bersambung di episod seterusnya~

20 December 2010

Nenek Merbuk Part 2

Jam menunjukkan 3.00 pagi, Mak Limah bingkas bangun dari tidurnya. Dengkuran Pak Kamsan begitu deras sehingga mengganggu tidurnya. Ditenungnya Pak Kamsan lama-lama, kalau bukan lakinya sudah lama ditamparnya orang tua itu. "Mengganggu tidur saja", bisik hati Mak Limah.

Mak Limah menyalakan lampu di dapur. Menjerang air. Dikeluarkan tepung gandum dari raga, niat dihatinya ingin memasak jemput-jemput kesukaan Pak Kamsan. Di uli tepung sebatinya. Kemudian dimasak sepenuh jiwa raganya. 


"Assalamualaikum..Assalamualaikum..Limah, bukak pintu..aku dah balik ni.." Jeritan Pak Kamsan memecah hening subuh. Mak Limah berlari ke pintu depan. "Awal balik bang?" Pak Kamsan terus duduk di ruang tamu. "Rini takde kuliah subuh, Hj.Samsul tak dapat datang, ada family matter katanya".


Di suatu tempat yang lain, pada zaman yang lain dan pada waktu yang lain. King Boon Jin menggelengkan kepalanya. Sabudin tetap dengan harganya. "Tauke, skarang lu nak angkat lintah ni ke tak nak, kalau lu tak nak angkat, aku jual ngan orang lain je" Sabudin cuba memprotes.


"Ini macam punya lintah mau bisnes macamana Din, next time lu bawak yang hidup, nanti wa kasi angkat, ini macam punya barang wa tak nak" King Boon Jin tetap dengan pendiriannya. Sabudin bingkas mengangkat kotak yang dipenuhi lintah pencariannya, di ikat di belakang basikalnya. "Takpelah tauke, minggu depan aku bawak yang hidup punya" Sabudin berlalu pergi.


*Bersambung di episod seterusnya~

12 December 2010

Nenek Merbuk Part 1

Azan berkumandang. Sayup-sayup kedengaran. Kelihatan Pak Kamsan menuruni tangga rumah usangnya. "Limah,aku ke surau" kata Pak Kamsan sambil menyedut rokok daunnya. Pas pus pas pus asap yang di hembus Pak Kamsan berkepul-kepul di udara meliuk lentok  membentuk huruf O. Pak Kamsan tersenyum sendiri. Setelah sekian lama belajar membuat skill itu, dia amat berbangga dengan pencapaiannya. 

Basikal tuanya dikayuh begitu deras. Malam kian suram. Wakaf Mek Jenab bakal dilalui sebentar lagi. Deruan hatinya meronta-ronta ingin melepasi kawasan itu dengan lebih cepat. Baru sebentar tadi Hasim bercerita tentang kejadian anaknya yang berkhatan di Klinik Bakti. Tapi apa kaitannya dengan Wakaf Mek Jenab? Getus hati Pak Kamsan. 

"Punyala penakut anak aku, habis ditarik kain pelekat aku San, malu aku dibuatnya, nasib baik nurse tu tengok tempat lain" , Si Hasim kalau bercerita memang bersungguh-sungguh. Pak Kamsan tersenyum sendirian.

Di suatu tempat yang lain, pada zaman yang lain dan pada waktu yang lain, King Boon Jin seorang penternak lintah merungut-rungut dengan pembekalnya. "Itu hali lu cakap sama wa itu lintah idup, ini wa tengok dalam suma mati, ini macam punya bisnes wa boleh lingkupla Din..",kata King Boon Jin sambil menggaru kepala lututnya yang gatal digigit nyamuk. Sabudin tersengih. 


*Bersambung di episod seterusnya~

15 October 2010

Popadom~

Today i go to mapley(also known as mamak), than i eat nasi with some lauk pauk,very delicious..after eat,i on wifi with my phone(what a nice mamak,kedai cikai2 pn ada wifi)..then i on la..than i see around..then i look one thing,oh my God,its popadom!my fevret junk food!i called it as the delicious junk food in the world..then i call the mamak.. 'mamak,kasi 1 bungkus itu' .. then the mamak ask me.. 'manna? manna?' .. 'cannot see ah?so near also cannot see ah? ' then the mamak look at me .. 'oh itu papadem? bulley..bulley.. nti sikijap saya kasi sama awk' ..what a nice mamak~ then he took the popadom to me,then i eat.. lemau.. chin peng punye mamak,ade amekkan aku popadom yg dh lemau..