Jam menunjukkan pukul 2.30 petang, angin sepoi-sepoi bahasa amat menyamankan suasana. Kelihatan Pak Kamsan berjalan tertinjit-tinjit di anjung rumahnya. Langkahnya agak teratur, tidak mahu Mak Limah perasan kehadirannya. Dan dia semakin menghampiri Mak Limah yang sedang menyidai pakaian di anjung rumah. Dicucuknya pinggang Mak Limah. "Opocot setan!", Mak Limah melatah sambil menepuk-nepuk hanger di tangannya ke arah dawai penyidai baju. Pak Kamsan ketawa berdekah-dekah melihat telatah Mak Limah. "Apa dah tebiat awak ni?", Mak Limah membebelkan Pak Kamsan. "Ala Limah, aku gurau je, rindu dengan zaman kita dulu-dulu, cuit sana cuit sini" Mak Limah tersenyum. "Itu dulu bang, sekarang saya dah menopaus, getah pun dah haus", Mak Limah merendahkan diri untuk mengambil pakaian di bakul. Pak Kamsan tersenyum simpul. Dia merapatkan dirinya pada Mak Limah dan memeluknya dari belakang sambil berbisik. "Limah, malam ni malam jumaat..." Mak Limah menoleh ke arah Pak Kamsan, "Gatal, itu je yang awak tau." Mak Limah mencebik, tapi dihatinya dia senang diperlakukan begitu, ibarat malu tapi mahu.
Di suatu tempat yang lain, pada zaman yang lain dan pada waktu yang lain. Sabudin mengayuh basikalnya, sepanjang perjalanan ke rumahnya dia asyik mencarutkan tauke King Boon Jin kerana tidak membeli lintahnya. Tiba-tiba basikal yang dikayuhnya terasa berat. Hati Sabudin berdegup kencang. Ditolehnya kebelakang, takut ada monyet bertenggek di raganya tapi tiada, hanya bakul berisi lintah. Tiba-tiba Sabudin dapat merasakan langit seakan berputar dengan laju. Dan dengan lajunya Sabudin mendapati kepala lututnya menyentuhi jalan tar. Kesakitan dapat dirasakan disitu, dan kemudian merebak ke tempat lain. Dan apabila mencelikkan mata, Sabudin mendapati dirinya berada di posisi kuak lentang ibarat berenang di air terjun walhal Sabudin sedar yang dia hanya terlentang di atas jalanraya yang terbentang luas. Sabudin bingkas bangun. "Celaka punya tauke, kalau kau beli lintah aku mesti basikal aku tak pancit", Sabudin membebel sendirian.
* Bersambung di episod seterusnya~
23 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment